Wednesday, January 25, 2012

Baby meninggal and pokok mati...

Bismillah..

Semalam genap seminggu aku keluar wad. Masuk wad sebab baby 3 bulan dalam rahim aku meninggal. Genap seminggu juga aku D&C. Lagi seminggu aku kena pantang tapi pantang entah apa-apa. Macam tak pantang. Maklumlah aku sihat walfiat, alhamdulillah. kena la wat keja rumah macam biasa. Yang sedihnya bila balik rumah bila tengok pokok2 aku banyak yang mati....kenapa???

Aku tak dapat nak upload gambar pokok aku yang mati sebab lappy rosak. Masa aku peknen aku alahan teruk langsung tak pedulikan pokok. Tengok pokok pun rasa nak muntah. Aiseh..kesian pokok aku. Sampai hati aku buat pokok yang aku sayang selama ni macam tu. Aku tak siram apalagi aku banyak tinggal di kampung. Kesian. Baru semalam aku mula mengemas kini laman and siram pokok. ANtara pokok-pokok yang mati ialah pokok kunyit dan pokok berbunga kecil..nama pun aku lupa. Nak buat macam mana, bukan aku sengaja tapi aku jadi alah macam tu. Ya Allah ampunkan dosa aku sebab menganiaya pokok-pokok yang aku tanam..ameen.

Wednesday, November 9, 2011

My torenia

Assalamualaikum wbt. Sekian lama aku asyik tertangguh nak update blog ni. Apa tidaknya, laptop berkongsi dengan anak yang umur 3 tahun :). Entry mesti ada gambar, nak upload ambik masa. Leceh lah sikit. SIkit je :).

Aku dah beli torenia. Empat warna semuanya. Pokok yang aku beli tu takde lah subur sangat, so dapat murah. Kesemua empat warna bunga pokok torenia tu aku letak dalam satu pasu. Bila aku beli pun dah lupa. Dah agak lama. Dan paling aku seronok sekarang ni, benih-benih yang jatuh dan ada yang di pencarkan oleh tangan aku sendiri hikhikhik..sudah pun bertunas dengan banyaknya dalam pasu. Alhamdulillah seronoknya rasa hati, berbaloi-baloi rasanya beli pokok ni. Senang dan cepat sangat ia membiak. Tak sabar aku nak tengok pokok tu memenuhi pasu dan berbunga dengan lebat.

Gambar yang aku upload ni gambar masa mula-mula aku beli so tak cantik sangat. Nak ambik gambar sekarang rasa malas sangat. So upload yang mana ada dulu. My torenia...:)




Tuesday, November 1, 2011

Minggu lepas, aku ada semai benih 'Genovese Basil' atau pokok selasih. Tapi sampai sekarang benih tu tak bercambah. Apa yang tak kena? Tangan aku panas ke bak kata orang tua-tua? Wallahua'alam..hanya Allah yang berkuasa menumbuhkan. Kemponan aku nak makan ulam selasih. Kat giant satu ikat mahal. Nampaknya kena beli anak pokok jelah nanti.


Tuesday, October 25, 2011

Bunga hilangkan stress

Hari ni dua skali entries. Tika rajin kan :). Setelah bersusah payah aku cari nama pokok ni, akhirnya aku jumpa juga. Actually, bukannya susah sangat pun, just google :). Pokok ni dah lama aku berkenan. Namanya Torenia fournieri. Bunganya kecil-kecil sungguh menarik menjadi penyeri di laman kalau tanam. Kalau tengok bunga ni boleh menghilangkan stress. InsyaAllah termasuk dalam wishlist aku. Bunganya ada warna pink, biru dan purple. Tak sabar nak memilikinya :).





pic: credit to myseedgarden.blogspot

Papyrus

Alhamdulillah...pada hari ini aku masih diberi peluang oleh Allah swt untuk terus berposting pasal flora-flora yang aku suka. Kali ni aku nak citer pasal pokok Cyperus papyrus plak. Dulu aku kurang perasan pokok ni maybe sebab pokok ni nampak macam lalang dalam semak. Tapi bila selalu lihat ramai orang tanam untuk landscape, ya pokok ni kelihatan indah. Menjadi penyeri laman. InsyaAllah, ia akan menjadi sebahagia penghuni di laman aku nanti.






species umbrella papyrus..



Mengikut apa yang aku baca dalam internet, pokok ni berasal dari Mesir. Pada zaman Mesir kuno, pokok papyrus digunakan untuk menghasilkan kertas.

Tuesday, October 18, 2011

Ahli baru



Pokok di atas ialah 'ahli baru' di laman mini aku. Lama dah berkenan dengan pokok daun berwarna ni. Akan tetapi aku tak tahu namanya apa membuatkan sukar untuk aku mencari maklumat tentang pokok ni. Aku perlu tahu tentang pencahayaan, pembajaan dan penyiraman pokok ini. Kelebihan pokok ni, rendang dan daunnya yang menarik. Itu je yang aku tahu. Rantingnya tersangatlah halus. Daunnya pula lebat dan berat menyebabkan rantingnya mudah patah dan pokoknya perlu disokong oleh batang kayu. Aku memilih pasu ala-ala tempayan untuk pokok baru ni. Setakat ni aku belum memacak batang kayu lagi, aku amat berhati-hati kerana rantingnya dah banyak yang patah. Biar dulu ahli baru ni menyesuaikan diri dengan laman mini aku. Kata tokei nursery tu, pertumbuhan pokok ni agak lambat. Kepada sesiapa mengetahui maklumat mengenai pokok ni, sudi-sudikan kongsi ilmu yer terima kasih :).

Friday, October 14, 2011

Buluh idaman

Pukul 12.21 am. Mengantuknya. Nak terkeluar biji mata. Sementara menunggu suamiku pulang, aku wat la entri ni. Ekceli sebab TRW kalah, so nak hilangkan kesedihan. Hahaha, takdelah aku sedih sangat sebab aku tengah heppi dengan hobi bercucuk tanam ni. Yippi! Alhamdulillah kerana Allah bagi anugerah untuk mencintai makhluk-Nya yang lain iaitu tumbuh-tumbuhan.

Pagi tadi, aku pergi ke nurseri yang aku selalu beli pokok, Lai Foo nursery. Kat sini, tak pernah aku jumpa lagi nurseri melayu yang dekat. Yang jauh maybe ada area Bangi or Salak Tinggi. Dekat-dekat rumah aku ni yang aku tahu ada tiga. Dua nursery india, satu cina. Yang nursery cina ni lah aku pergi sebab yang milik india tu mahal. Oh sambung cerita...aku pergi pagi tadi sebab nak beli pokok buluh madu, honey bamboo yang rebungnya boleh dimakan. Tokey tu kata anak pokok dah habis tapi ada satu pokok kat belakang tepi semak dalam nursery dia, dia boleh trim pokok tu kalau aku nak beli. Aku kata, "okey, saya mau tengok". Sekali pokok tu, dalam polibeg yang tumbang dalam semak, hanya tinggal batang dan ranting, takde daun selai pun. Memang usang pokok tu. Tak lalu menengoknya. Tahu tokey tu letak berapa RM? "Ini saya kasi you RM50". Mak datuk!!! Pokok macam ni pun RM50.Isykkkk...mengetuk aku je tokey tu. Aku pun tak jadi beli pokok buluh, tapi angkat pokok lain :). InsyaAllah next time aku cerita.

Pokok buluh ni dulu aku tak minat, entah kenapa pula masa balik kampung baru-baru ni, pokok buluh madu yang adik aku tanam nampak cantik. Aku pun teringin. Tapi aku tengok kat nursery tadi, species buluh lain pun cantik juga tapi rebungnya tak boleh dimakan. InsyaAllah, lain kali aku boleh memiliki pokok buluh..ameen. Gambar-gambar pokok buluh yang menawan..